Khamis, 21 September 2017

6 TIPS UNTUK PASANG TINTED RUMAH...

6 TIPS UNTUK PASANG TINTED RUMAH...

OK. Ini TIPS yg saya nak share dengan uols…
😍😍😍😍

TIPS 1:
Jika rumah anda 1 tingkat lot tengah, cukup sekadar pasang tinted yg punyai ‘Solar Heat Rejection’ antara 30% ~ 60%.
Kenapa bro?
Rumah bawah lot tengah dah terlindung, dah redup, ada awning atau carporch slab. Jika pasang tinted lebih dari 60% Solar Heat Rejection hanya akan menggelapkan rumah dan anda terpaksa memasang lampu sepanjang hari di waktu siang. So tak efisyen langsung dan membazir eletrik plak tu.
Namun jika rumah 1 tingkat anda itu tiada awning, tiada carpoch slab, maksud saya bahagian depan rumah tu memang terdedah dan panas, eloklah install yg lebih dari 80% Solar Heat Rejection punya TINTED Film.

TIPS 2:
Ok, tadi rumah setingkat. Ini untuk rumah 2 tingkat.
Biasanya, masterbed room terletak di atas bahagian depan rumah, betul? Bilik itu akan sangat panas, bahang dan tak boleh nak masuk kalau waktu tengahari dan petang. Bahang dan panasnya lain macam, boleh nak demam wooo….
So, ini yang selalu saya rekomen pada pelanggan saya.
>Ambil Tinted yang punyai Solar Heat Rejection 80% ~ 90%, 3ply, tebal, Film yg Ber-Quality (USA).
> Jangan ambil yg biasa-biasa dan murah punya, menyesal nanti. Ia boleh terkopek atau pudar warna dan anda pasti akan sakit jiwa !!!
So, untuk rumah 2 tingkat, pastikan bahagian atas depan install Tinted yang punyai (at least) 80% ‘Solar Heat Rejection’.
Bahagian bawah depan, belakang atas dan bawah, memadai install antara 30% ~ 60% Solar Heat Rejection, cukup.

TIPS 3:
Ini plak untuk rumah jenis apartment, kondo atc yg tinggi tinggi…
Install yang punyai Solar Heat Rejection melebihi 80%.

TIPS 4:
Rumah Lot Tepi; setingkat atau 2 tingkat (atau lebih) dan banglow mesti ambil dan install Tinted Film yang punyai 80% dan keatas Solar Heat Rejection. Jika tidak, anda boleh menyesal nanti dengan bahang haba yg masih terkurung dalam rumah.

TIPS 5:
Bagi anda yang baru beli rumah pula, baru dapat kunci, Install Tinted dahulu sebelum pasang grill.
But jika ada nak pasang plaster ceiling, siapkan pasang plaster ceiling, rumah dah sapu, baru install tinted.

TIPS 6:
Pasang TINTED lebih bagus dari tak pasang TINTED kat rumah.