Jumaat, 19 April 2019

Tinted tak privasi waktu malam?


Kebanyakan customer kami tanya bagaimana keadaannya selepas pasang tinted pada waktu malam. Nampak orang dalam ke? haa,, ni nak bagi info, memang akan nampak dalam sebabnya pantulan cahaya dari dalam rumah yang terang manakala luar rumah gelap. Waktu siangnya fungsi tinted ni untuk menolak haba dari terus masuk dalam ruang rumah melalui tetingkap kaca, memberi keselesaan pada mata agar tidak silau serta mampu menjimatkan elektrik sekiranya anda memasang penghawa dingin atau air conditioner pada waktu siang.
Kelebihan lain tinted kami adalah ia mempunyai ketahanan warna dan potong haba sehingga lebih dari 5 tahun!!! Kami jamin kualiti Tinted kami mampu bertahan lama kerana customer kami sepanjang 10 tahun tidak ada yang merungut lagi, alhamdulillah..

Pada anda yg dah pasang tinted tapi tak rasa kurang pun haba macam tak pasang tinted, tu antara tanda tinted anda jenama Korea atau tak tahulah dari mana, harap anda berjaga-jaga sebab ramai je installer yang sanggup bagi tinted tak de kualiti kerana faktor harga yang anda minta. Lebih kurang camni la minta kancil dapat kancil, ok faham ke faham? 
Kurang dari 5 tahun dah nampak pudar je warna tinted tu..? Ni pun tanda tinted yang tak de kualiti juga, hati-hati juga ye..

Salam Sejahtera dari team Cemz, kalau anda berminat nak pasang tinted dengan kami boleh terus whatsapp en.Omar dia yang akan datang ukur dan deal dengan anda..